Gara Gara Sembang Kencang Dapat Tewaskan Petinju UFC, “Master” Tai Chi Tewas Dalam 30 Saat

Gara Gara Sembang Kencang Dapat Tewaskan Petinju UFC, “Master” Tai Chi Tewas Dalam 30 Saat

SEORANG Tai Chi ‘master’ berusia 69 tahun mendapat perhatian netizen di China apabila mencabar petinju UFC untuk berlawan dengannya. Sebelum perlawanan, Ma Baogua berkata seni Tai Chi beliau mampu menewaskan mana-mana lawan di hadapannya.

Dalam klip video yang pernah viral ini, Ma telah mencabar seorang petinju UFC dan sebelum perlawanan bermula, beliau dengan yakin berkata beliau dapat menewaskan lawannya dengan mudah menerusi seni bela diri Tai Chi miliknya.

Namun, sebaliknya yang berlaku. Ketika perlawanan dimulakan, lawannya cuma mengambil masa 30 saat sahaja untuk menumbangkan Ma. Ternyata lawan beliau menjadikan kelajuan tumbukannya sebagai ‘senjata’ dan Ma hanya mampu ‘menadah’ setiap tumbukan tanpa bertahan.

Selepas beliau tewas, netizen di China mula membuat kajian dan mendapati Ma bukanlah master Tai Chi sebenar dan beliau hanyalah self-proclaimed dirinya seorang master dalam seni bela diri tersebut.

Ini bukanlah kali pertama ‘master’ Tai Chi tumpas di tangan petinju yang jauh lebih muda. Sebelum ini, seorang lelaki telah mencabar petinju MMA Zu Xiaodong dan turut tewas mengejut di tangan Zu.

Semoga perlawanan ini menjadi pengajaran kepada semua supaya tidak memperlekehkan lawan anda. Silap langkah, anda akan terima nasib seperti Ma.

Jangan ‘buat hal’ dengan petinju UFC kerana mereka berlatih setiap hari untuk tumbangkan mana-mana lawan di depan mata mereka.

Rakaman yang tular

Rakaman perlawanan

Reaksi beberapa wargamaya

“Bagi aku lah kan seni mempertahan kan diri ni pada asasnya sama tiada beza kecepatan dan jugak akal kita je kena cepat.. Cabar ufc memang tak lah jawabnya tu memang Kerja dia….. Hari2 traning… Kita kalau ada seni bela diri sekali pun kalau tak pernah traning badan pun lemah dah jadi serba tak kena sebb kita jarang pakai,bila memerlukan je.. So di sini saya nak bagi tau apa pun srni bela diri dalam dunia ni hanya satu saja dia punya function hanya untuk mempertahan kan diri, mana yg lebih cepat pandai dia lah menang… Tak gitu… Walaupun kita bodoh2 tak tau apa tapi kita pndai cari peluang cepat.. Kita boleh menang tak gitu….. Hahahaha” – Sahrul Emri Samsuddin

“Master ni lembik sbb fizikal fakta umur dia sbb tu senang ditumbangkan, cuba kalau dia jumpa juara kung fu yi long shaolin yg sebenar yg lawan dgn baukaw tu mau berkicap peninju ufc tu, tak caya dlm youtube ada baukaw muaythai vs yi long 11 berpeluh juga baukaw nak kalahkan dia” – Cobra San Cobra San

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*