Tidak Mahu Mengalah, Wanita Ini ‘Keraskan Badan’ Untuk Cop Parkir Kosong

Tidak Mahu Mengalah, Wanita Ini ‘Keraskan Badan’ Untuk Cop Parkir Kosong

WALAUPUN isu cop parkir di pusat beli-belah sudah banyak kali dibangkitkan, namun masih ada pihak yang pentingkan diri sendiri dengan sanggup berdiri di kawasan parkir kosong.

Baru-baru ini warganet mengecam tindakan seorang wanita yang enggan berganjak daripada parkir kosong walaupun ada pemandu lain mahu meletakkan kenderaannya di situ.

Dalam video TikTok yang dikongsikan oleh @jalanbasah1, kelihatan wanita terbabit mengetuk bonet belakang serta menunding jari dan ‘mengeraskan diri’ walaupun kenderaan itu sudah mengundur menghampirinya sambil membunyikan hon. Video diakhir artikel ini.

Video itu telah ditonton lebih 1.6 juta kali dan menerima 1,600 komen daripada orang ramai yang geram dan tidak bersetuju selepas melihat wanita terbabit bersikap pentingkan diri sendiri.

Orang ramai menyatakan perbuatan itu salah dari segi undang-undang di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Bahagian “Gangguan dan desakan menyalahi undang-undang”.

Netizen juga mahu wanita itu dan pihak terlibat dikenakan tindakan oleh PDRM kerana sudah jelas terbukti dia melakukan kesalahan secara terang-terangan.

Untuk makluman, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan dan jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya di bawah Seksyen 119.

Bagi sesiapa menghadapi situasi seperti ini dan mempunyai bukti rakaman gambar atau video, boleh membuat laporan terus di balai polis berdekatan.

Rakaman yang tular

Reaksi beberapa warga maya

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*