
KETUA Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn Bhd, Radz Mohd mencabar YouTuber Jebat Derhaka untuk menyertai sesi siaran langsung khas bagi membuktikan syarikat terbabbit benar-benar melahirkan usahawan jutawan di negara ini.
Kata Radz, mewakili Pengasas dan Pengerusi syarikat, Datuk Wira Dr Azizan Osman jemputan itu bagi merungkai persoalan dan kekeliruan netizen berhubung syarikat yang sudah 14 tahun beroperasi itu.
“Oleh sebab Jebat dah persoalkan, wajib untuk kami jawab. Sembang kosong, sembang kari tak guna.”
“Saya nak cabar, pelawa Jebat untuk bersama-sama Datuk Wira pada esok (Ahad) pukul 9 malam, sesi khas LIVE dari New York nak tunjukkan bukti di semua platform RichWorks dan Azizan Osman,” katanya dalam sepotong video pada Sabtu.
Tambah Radz, semua netizen dijemput untuk melihat sendiri dalam sesi khas itu pada esok malam.
Semalam, pengasas RichWorks, Datuk Wira Dr Azizan Osman tampil menjawab persoalan ditimbulkan YouTuber berkenaan.
Beliau menjawab ‘kontroversi’ lancang YouTuber itu di Rumah Terbuka ahli keluarganya yang diadakan di kediaman ibu tersayang di Villa Mak Ayah, Taman Kenanga, Tengkera, Melaka.
Tegasnya, RichWorks sebenarnya sebuah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar di negara membantu bangsa usahawan membina bisnes sampai jadi kaya.
Terdahulu, Youtuber itu mempersoalkan keberkesanan syarikat RichWorks dan menganggap ia seperti skim cepat kaya.
Hal itu dibangkitkan menerusi deretan billboard RichWorks yang mempromosikan fungsi syarikat itu untuk melahirkan usahawan jutawan.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply