
SESI makan di restoran yang sepatutnya menghilangkan lapar dan dahaga bertukar pengalaman tidak dapat dilupakan buat pelanggan ini.
Seorang pengguna Twitter, shahrulnizammm berkongsikan pengalaman buruk beliau yang singgah makan di satu cawangan nasi kandar popular di Negeri Sembilan.
Menurutnya, pergaduhan tercetus selepas dia dan ahli keluarganya mahu membuat bayaran untuk makanan ‘tidak seberapa’ yang dijamu kepada mereka oleh pekerja restoran berkenaan.
Last night i was attacked by the gangster workers of Nasi Kandar Liga Maju, Bahau, Negeri Sembilan. I being hold by several people and being punched blindly by the workers. 5-6 workers were involved. pic.twitter.com/I8V4Bc57VU
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Menurut Shahrul, mereka tiba di restoran berkenaan sekitar jam 12.30 malam. Disebabkan tiada restoran lain yang dibuka, restoran tersebut adalah satu-satunya pilihan yang ada. Namun, alangkah kecewanya mereka dengan apa yang diterima selepas pesanan sampai.
Menurutnya, nasi goreng serta megi goreng yang dihidang kosong tidak bersayur menyebabkan mereka rasa tidak berbaloi untuk membuat bayaran penuh untuk makanan yang dipesan.
Mereka perlu membayar lebih RM50 untuk makanan yang dipesan (3 nasi goreng kosong, 2 megi goreng tiada ‘isi’ dan 1 nasi lemak kosong bersama air). Apabila disuarakan perihal makanan yang serba kekurangan, harga yang perlu dibayar ditolak menjadi RM45.
Mak aku dah tanya, berapa ni nasi goreng kosong takde isi takde sayur. Pelayan kata “taktau, nanti nak bayar tanya kaunter”
Then fine lah. Dah lapar gila, aku makan je lah. Habis makan, pergi kaunter nak bayar lah.— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Sebelum berlalu, ibu Shahrul telah memberi komen bahawa harga tersebut masih mahal dan tidak suka dengan harga tersebut. Secara tiba-tiba, ibunya disergah oleh penjaga kaunter membuatkan Shahrul marah dan menghempas kotak tisu kosong di kaunter.
Shahrul kemudiannya bertekak dengan pekerja berkenaan sebelum mendakwa dirinya di dipegang oleh 5 hingga 6 orang pekerja di situ dan kemudiannya dipukul oleh lelaki ‘gangster’.
Then mak aku cakap lah, “masih mahal, aku tak suka kedai ni” then dia nak blah la, aku still depan kaunter, nak bayar lah yg 45++ tu. Then si cashier tu jerkah mak aku. “Habistu akak nak berapa ? Rm2? Rm3?”
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Then si cashier and aku maki hamun for few minutes, until one of their gangster come and tolak2 aku. After that was very kecoh. 5-6 people holding my hand and whole body. While the gamgster keep coming to me. pic.twitter.com/SQb6xdzxpn
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Beliau turut mendakwa turut dipukul curi oleh pekerja yang memegangnya sehingga meninggalkan kesan luka di leher, bahu, tangan dan muka.
Selepas pergaduhan itu, beliau telah membuat panggilan kepada polis dan polis tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian. Ajaibnya, semua pekerja yang terlibat dalam pergaduhan tadi menghilangkan diri. Ketika membuat laporan polis di balai, polis bertugas turut berkata pekerja restoran berkenaan memang ‘bermasalah’ dan sudah ada kes yang sama berlaku sebelum ini.
Polis suruh aku pergi balai and buat report. 6 gangster kene angkut masuk black maria. Nak settle kan police and hospital, pkul 7am baru sampai rumah.
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Ketika di balai, pemilik restoran berkenaan tiba di balai dan lagaknya seperti sudah biasa, tidak takut dan mengenali anggota polis di situ.
Berkali-kali pihak restoran berkenaan mahu perkara itu selesai secara ‘settle tepi’ serta mahu ‘bayar ganti rugi’ kepadanya tetapi keluarga Shahrul menolak dan mahu insiden yang berlaku menjadi pengajaran buat restoran tersebut.
Even dlm office dlm balai tu, owner selamba mcm hentam dada cashier dia tu depan polis. Mcm dah biasa and tak takut langsung. He tried to be nice dgn aku lah. Sbb taknak aku continue report. Kebetulan mak aku dtg dekat aku, mintak dekat aku jgn settle tepi. Nak diorg belajar
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Selepas laporan dibuat, kertas siasatan telah dibuka. Shahrul berkata ketika menulis perkongsian ini, beliau sudah menjangka akan menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong dan ada yang kata ‘kerana mulut badan binasa’.
Beliau tidak berharap semua akan berpihak kepada dirinya cuma Shahrul tidak mahu apa yang terjadi kepada dirinya berlaku kepada orang lain. “Ia bukan kerana wang, tetapi kejujuran dalam bisnes. Setiap duit yang saya buat adalah daripada titik peluh sendiri. Berapa ramai lagi yang akan tertipu tetapi diam sahaja?” tulisnya.
Beberapa netizen lain turut berkata servis di restoran berkenaan memang kurang bagus dan apabila ditegur, mereka tidak boleh terima.
Last night i was attacked by the gangster workers of Nasi Kandar Liga Maju, Bahau, Negeri Sembilan. I being hold by several people and being punched blindly by the workers. 5-6 workers were involved. pic.twitter.com/I8V4Bc57VU
— Shahrul Nizam (@shahrulnizammm) May 5, 2022
Ketika ramai peniaga yang tutup kedai kerana sambutan Hari Raya Aidilfitri bukan tiket untuk sesebuah restoran menawarkan servis atau hidangan yang tidak berkualiti. Semoga insiden ini jadi pengajaran buat semua.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply