Khairul Aming Selesa Pandu Bezza Walaupun Bisnes Catat Jualan RM7.5 Juta Tahun Lalu

Khairul Aming Selesa Pandu Bezza Walaupun Bisnes Catat Jualan RM7.5 Juta Tahun Lalu

SUDAH menjadi satu “kebiasaan” buat segelintir usahawan di negara ini, walaupun nilai jualan baru mencecah puluhan ribu dan tidak konsisten, mereka sudah pun berangan-angan untuk memiliki kereta mewah ‘starter pack founder Malaysia’ seperti Ford Mustang, Nissan GT-R R35 atau Ferrari 458 Italia.

Namun berbeza pula bagi content creator masakan, juga pengusaha Sambal Nyet, Khairulaming yang masih lagi setia menggunakan Perodua Bezza walaupun hasil jualan sambal pedasnya pada tahun lalu mencecah RM7.5 juta.

Menurutnya, selama dua tahun berulang-alik balik ke Kelantan, Perodua Bezza memberikannya kepuasan dengan mempunyai ruang bonet luas untuk meletakkan barang-barang shooting video, ruang kaki penumpang belakang yang luas, serta menjimatkan kos penggunaan minyak.

Ciapan itu dikongsikan oleh Khairulaming selepas ada seorang pengguna Twitter meminta pandangan ramai yang mana satu kereta yang berbaloi untuknya miliki bagi kegunaan harian.

Tanpa disangka-sangka, ciapan pengalaman sendiri Khairulaming sebagai seorang pemilik Bezza itu telah menarik pengguna Twitter lain membalas ciapan menyatakan mereka bersependapat dengan influencer yang mempunyai jutaan pengikut di pelbagai media sosial.

Pada masa sama orang ramai timbul rasa kagum selepas mengetahui Khairulaming masih mengekalkan prinsip low-profile walaupun dia layak dan mampu untuk memiliki kenderaan import yang bernilai ratusan ribu ringgit.

Nampak gayanya, sesiapa yang sudah merancang untuk membeli Bezza terpaksa menunggu queue yang lebih lama memandangkan model tersebut diakui praktikal dan berbaloi dimiliki oleh influencer terkenal itu.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*