“Ini Bukan Kondominium!” Netizen Kecewa Mentaliti Pentingkan Diri Segelintir Penduduk PPR Cop Parkir

"Ini Bukan Kondominium!" Netizen Kecewa Mentaliti Pentingkan Diri Segelintir Penduduk PPR Cop Parkir

UMUM mengetahui bahawa cop parkir dengan menggunakan kon, pasu bunga dan sebagainya di kawasan terbuka atau awam merupakan satu kesalahan.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @syaamil_ telah berkongsi beberapa keping gambar dan mengeluh apabila ada segelintir orang yang masih mementingkan diri cop parkir kereta dengan meletakkan kon.

Menerusi perkongsiannya, segelintir penduduk di kawasan rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dipercayai di Pantai Dalam bertindak untuk cop parkir walaupun parkir di kawasan tersebut mengamalkan sistem terbuka atau bahasa mudahnya ‘siapa cepat dia dapat’.

Malah, dia berasa kecewa dengan sikap dan mentaliti segelintir penduduk di kawasan rumah PPR tersebut kerana tempat letak kereta itu bukanlah dibayar individu yang cop parkir.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen turut mengecam tindakan individu yang cop parkir sedangkan ia merupakan satu kesalahan.

Malah, ada juga netizen mengatakan hal seperti ini sering terjadi di kawasan PPR dan telah dianggap perkara biasa. Walaupun isu ini telah banyak kali di suarakan tetapi masih belum ada jalan penyelesaian.

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang berkongsi pernah mengalihkan kon cop parkir dan meletakkan kenderaan mereka tetapi kereta mereka menjadi mangsa ‘vandalisme’ seperti dicalarkan, diletakkan sampah dan sebagainya. Isu ini mungkin dapat diselesaikan jika berlakunya campur tangan pihak berkuasa.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*