“Dah La Gemuk, Muka Pun Tak Ada” Gadis Maki Teman Lelaki Selepas Kantoi Curang

"Dah La Gemuk, Muka Pun Tak Ada" Gadis Maki Teman Lelaki Selepas Kantoi Curang

MEMANG pedih apabila dapat tahu pasangan curang, namun pedih lagi apabila pasangan berbohong dan tengok dengan mata kepala sendiri pasangan itu sedang bermesra dengan orang lain.

Baru-baru ini seorang lelaki dimaki dan dihina oleh bekas pasangannya selepas perempuan itu kantoi berbohong keluar dengan lelaki lain sewaktu dihubunginya ketika kejadian tersebut berlaku. Video diakhir artikel ini.

Dengan hati yang terasa sangat pedih dicurangi, namun lelaki itu gagahkan diri juga menghubungi perempuan itu untuk memujuk; walaupun bukan dirinya yang melakukan perbuatan curang itu.

Bagaimanapun panggilan itu berakhir dengan sia-sia apabila bekas pasangnya memaki dengan menghina status kewangan, paras rupa dan menyatakan ada ramai lelaki lain yang lebih better dan perfect daripadanya.

Sejurus perempuan itu menghamburkan makian, dia meminta lelaki itu untuk move on dan terus mematikan panggilan.

Lelaki itu terus mengalirkan air mata jantannya selepas dihina teruk seolah-olah dia pula yang bersalah dalam hal curang ini.

Orang ramai yang menonton video itu meluahkan rasa simpati dan meminta lelaki itu terus kuatkan diri dan jangan berhenti berdoa untuk mendapatkan pasangan yang lebih baik pada masa akan datang.

Sebelum ini, lelaki itu dan rakannya berjaya menjejak perempuan tersebut keluar bersama lelaki lain dengan menggunakan Apple ID. Semasa ditemui, jelas kelihatan perempuan itu dan lelaki lain baru sahaja keluar daripada sebuah rangkaian kedai kopi.

Apabila lelaki itu menghubungi pasangnya bertanyakan apa dia sedang buat ketika waktu itu, perempuan tersebut berbohong dengan menyatakan dia sedang membantu emaknya kerana ada saudara-mara mahu datang ke rumah untuk beraya.

Rakaman yang tular 1

Rakaman yang tular 2

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*