Lelaki Disyaki Beronani Belakang Rumah Diburu

Lelaki Disyaki Beronani Belakang Rumah Diburu

SHAH ALAM – Lelaki disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh dengan beronani di belakang rumah di Seksyen 23 dekat sini, 12.06 tengah malam Sabtu lalu, kini diburu polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan daripada seorang wanita di Balai Polis Sri Muda, kelmarin selepas mengetahui kegiatan tidak bermoral suspek melalui jirannya.

Difahamkan, perbuatan lelaki itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Mohd Iqbal berkata, mangsa adalah akauntan yang sudah mempunyai suami dan seorang anak perempuan.

“Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang kesan umpil bagi pecah masuk ke rumah mangsa.

“Rakaman CCTV tidak dapat memaparkan dengan jelas wajah suspek berikutan rakamannya hitam putih dan suspek disyaki bukan warga tempatan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha mengesan suspek sedang giat dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

Katanya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Sarjan Shamsul Azeerin di talian 012-9802652 atau 03-55202222 bagi membantu siasatan.

Seorang lelaki diburu selepas lakukan perbuatan tidak senonoh di belakang rumah seorang akauntan wanita di Seksyen 23 pada Sabtu lalu.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*