
KUALA TERENGGANU – Seramai 1,616 suami di Terengganu dikesan culas membayar nafkah selepas berlakunya perceraian, kata ketua Hakim Syarie Terengganu Wan Mohd Zakri Wan Mohd.
Katanya, jumlah itu adalah rekod bagi tahun 2015 hingga kini dengan keseluruhan kes perceraian mencapai 31,048 kes iaitu 1,460 kes pada tahun ini dan 3,359 kes tahun lalu.
“Mereka (isteri) ada membuat tuntutan di Mahkamah Syariah dan kes masih berjalan, tetapi bekas suami mereka culas membayar nafkah seperti apa yang diperintahkan dan kita akan mengambil tindakan.”
“Sebagai membantu mereka (isteri) dalam menanggung anak-anak, maka pihak mahkamah membuat satu permohonan kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) untuk mendapatkandana supaya pihak mahkamah boleh mendahulukan nafkah kepada mereka ini, sebelum bekas suami mereka membayar balik.”
“Mereka ini terdiri daripada golongan yang tidak mampu untuk meneruskan proses menanggung anak dengan pendapatan sedia ada,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Bantuan Pendahuluan Nafkah (BPN) di sini, semalam.
Dalam majlis itu, Yang Dipertua Maidam, Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail menyerahkan dana berjumlah RM200,000 kepada Mahkamah Syariah Terengganu untuk BPN dengan RM62,500 disampaikan kepada 31 penerima.
Mengulas lanjut, Wan Mohd Zakri berkata, tindakan penguatkuasaan ke atas suami culas akan dilakasana mengikut peruntukan undang-undang sedia ada termasuk penjara.
“Mahkamah juga akan mengarahkan bank membekukan akaun suami yang culas, termasuk akaun di Tabung Haji dan sebagainya. Wang tersebut boleh diambil untuk dibayar kepada anak (nafkah) mengikut jumlah ditetapkan,” katanya.
Dalam pada itu, seorang penerima BPN, Rahimah Wahab, 43, dari Kemaman, berkata, dia bersyukur mahkamah mengambil langkah menyediakan BPN, memandangkan bekas suaminya tidak mampu membayar nafkah yang sepatutnya.
“Saya terpaksa bekerja sebagai pembantu kedai makan untuk meneruskan kehidupan dan membesarkan anak-anak.”
“Hari ini saya mendapat keadilan yang sewajarnya apabila pihak mahkamah membuat pembayaran sebanyak RM9,000 tunggakan yang belum dijelaskan oleh bekas suami,” katanya yang sudah tujuh tahun bercerai dan mempunyai empat anak berusia 14 hingga 22 tahun.

Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply