Lelaki Mengamuk Gara-Gara Mendakwa Kamera CCTV Milik Jiran “Intai” Privasi Rumahnya

Lelaki Mengamuk Gara-Gara Mendakwa Kamera CCTV Milik Jiran "Intai" Privasi Rumahnya

PADA zaman yang sangat tidak stabil dan selamat hari ini menyebabkan orang ramai banyak menggunakan perakam video dashcam dan CCTV sebagai langkah berjaga-jaga untuk merekod ‘bukti’ apabila ada sesuatu perkara tidak diingini berlaku.

Tular satu rakaman video CCTV lengkap dengan audio tular di Twitter, dua orang lelaki bergaduh kerana jiran kepada rumah yang memasang CCTV mendakwa alat elektronik itu sentiasa mengganggu privasi rumahnya.

Lelaki tersebut mengamuk di hadapan rumah pemilik CCTV itu sambil diperhatikan oleh beberapa lelaki yang lain. Dalam pertengkaran itu, jelas kedengaran lelaki itu marah apabila mendapati CCTV itu sentiasa berpaling ke arah rumahnya apabila isterinya berada di hadapan rumah.

Hantaran video itu telah menarik perhatian warganet lain yang berpengalaman mengenai kamera CCTV. Menurut mereka, ada sesetengah model CCTV mempunyai mod ‘Movement Detection‘, di mana sensor akan mengesan pergerakkan lalu CCTV secara automatik mengikut dan merakam objek yang bergerak itu.

Tambah orang ramai lagi, mod tersebut boleh dinyahaktifkan dan set kamera CCTV itu untuk merakam situasi di hadapan kawasan rumah sendiri sahaja.

Tambah netizen lagi, ada baiknya juga mempunyai CCTV yang mampu bergerak untuk merekod situasi penuh kerana ia sangat membantu pihak-pihak yang terlibat untuk melihat semula rakaman bukti yang ada.

Lebih-lebih apabila ada berlakunya kemalangan, rompakan atau penculikkan di hadapan kawasan rumah.

Pada masa yang sama ada juga netizen menyatakan mungkin kedua-dua pihak tersalah faham mengenai mod ‘Movement Detection‘ lalu mencetuskan perbalahan antara kedua-dua pihak.

Pemilik CCTV mahu memastikan keselamatan di bahagian kiri dan kanan kawasan kejirannya terjaga. Tetapi jirannya pula menyalah anggap bahawa CCTV itu sengaja disetkan untuk ‘mengganggu privasi’ rumahnya.

Bagaimanapun, pemilik CCTV pula mungkin terlepas pandang bahawa ada jiran sangat sensitif apabila melibatkan privasi ruang rumahnya, walaupun CCTV itu mendatangkan banyak kebaikkan.

Menurut laporan Kosmo, seseorang individu boleh dikenakan tindakan saman di mahkamah sekiranya memasang sistem televisyen litar tertutup (CCTV) dan menghalakan alat elektronik ke rumah orang lain.

Menerusi perkongsian seorang peguam, Syaz.MJ berkata, tindakan memasang CCTV dengan menghalakannya ke rumah jiran sebagai satu tindakan salah dan pihak terbabit boleh disaman di mahkamah bagi proses undang-undang.

“Salah jika pasang CCTV hadap terus rumah jiran kerana disifatkan sebagai mengganggu privasi. Mereka boleh disaman di mahkamah dan ada kes yang menang,” terang beliau menerusi satu video di TikTok miliknya.

Terima kasih kerana sudi membaca!

Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*