
SEBUT mengenai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) pasti ramai yang cukup hormat dengan kumpulan ini yang berusaha keras dalam menjaga keamanan serta membantu orang ramai dalam masalah melibatkan jenayah. Tampil profesional dalam tugas antara sikap yang diharapkan orang ramai terhadap kumpulan Sang Saka Biru ini.
Dalam pada itu, tular baru-baru ini di media sosial apabila terdapat seorang anggota polis yang membuat live di TikTok pada waktu bekerja. Lebih menghairankan, anggota polis yang didakwa netizen berpangkat Asistan Superintenden Polis (ASP) ini dilihat melakukan live sewaktu operasi yang turut disertai beberapa anggota polis yang lain.
So kalau berpaku memang boleh ea buat live time tengah operasi? Taktau pulak. Masa aku kerja dulu anggota post gambar tengah bertugas kena tindakan keras. Maybe zaman dah berubah, aku pun taktau arahan terkini mungkin pegawai saja dibenarkan kot bersosial media time operasi/tugas pic.twitter.com/qLz9aIlJ73
— ₆⁶₆ςιδ²³₆⁶₆ Seller iPhone! (@Tsgxy_) April 24, 2022
Berdasarkan live TikTok yang dijalankan, anggota polis ini jelas teruja dengan jumlah kehadiran penonton yang menyertai live beliau sehingga berjaya meraih 1,900 tontonan.
Bukan itu sahaja, anggota polis ini turut mengambil peluang sewaktu live ketika operasi ini dalam mengiklankan akaun TikTok beliau dalam usaha meraih 100,000 followers.
Tindakan bersahaja anggota polis ini jelas membuatkan para netizen mempersoalkan sama ada anggota polis sememangnya dibenarkan untuk menjalankan live TikTok sewaktu operasi atau sebaliknya.
Tidak kurang juga yang berpendapat tindakan yang dilakukan dilihat tidak profesional. Berikut merupakan respon netizen terhadap live TikTok yang dilakukan.
Pangkat asp, 3 paku. Tengah kerja main live eh lain macam. https://t.co/rj4FDyr1mS
— Kemal (@akmalzulhilmi_) April 24, 2022
Siap berantai bagai walaupun dengan vest. Mampoih gak gini https://t.co/AdoVzOBxNQ
— ? (@tulipmagenta15) April 24, 2022
1.4k viewer,1.6k tengok live,nak cukupkan 100k followers.
Teruja teruja teruja sampai lupa tugas hakiki. https://t.co/cG8JLRMyCm
— The OG (@the88stranger) April 24, 2022
Menerusi perkongsian video yang tular, para netizen turut memohon untuk pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mengambil tindakan. Diharap seperti ini tidak lagi berulang kerana mampu mencemar integriti warga PDRM.
Kemas kini: Timbalan Ketua Polis Negara telah mengarahkan JIPS Bukit Aman untuk menjalankan soal siasat kes ini dengan segara.
JIPS Bukit Aman telah diarah siasat kes ini dengan segera – Timbalan Ketua Polis Negara https://t.co/mQIdBXYBMQ
— MohdFaizalHassan ?? (@f4izalhassan) April 25, 2022
Terima kasih kerana sudi membaca!
Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen, dan jangan lupa kongsikan artikel ini pada rakan rakan. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply