
SEORANG lelaki warga B4ngladesh yang menceroboh tadika dan cuba mendekati kanak-kanak dengan memberi roti, ditahan di Telok Panglima Garang Selangor, Jumaat lalu.
Difahamkan, suspek mengalami masalah ment4l dan mahu mencari anaknya yang dikatakan berada di dalam tadika berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi, suspek dikatakan telah menceroboh tadika terbabit dengan alasan mahu memberikan roti kepada anaknya.
“Apabila guru tadika itu memberitahu ibu bapa tidak dibenarkan masuk, suspek bertindak merampas topi keledar pelajar tadika yang dipegang oleh guru tersebut sebelum meluru masuk ke dalam kelas.
“Ibu bapa yang menyedari kejadian itu bertindak menahan lelaki berkenaan dan semasa tangkapan dibuat, suspek tidak berhenti membacakan ayat Al-Quran sebelum dia dilepaskan oleh orang awam,” katanya pada Isnin.
Beliau berkata, siasatan mendapati suspek tiada mengeluarkan kata ugutan serta tidak mendatangkan kecederaan kepada sesiapa malah pihak tadika juga tidak menerima kemasukan pelajar warga asing.
Katanya, bertindak hasil maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat telah menahan suspek berusia 23 tahun di Taman Pahlawan, Telok Panglima Garang, kira-kira jam 10.30 malam, pada Ahad.
Tambahnya, semasa tangkapan dibuat, suspek gagal memberikan dokumen pengenalan diri.
“Siasatan awal mengesyaki suspek mempunyai masalah mental dan tiada anak suspek berada di tadika berkenaan. Ujian saringan air kencing terhadapnya juga neg4tif dad4h,” katanya.
Lelaki warga Bangladesh (dalam bulatan) yang menceroboh sebuah tadika di Telok Panglima Garang, Selangor pada Jumaat ditahan polis pada dua hari kemudian.
Sinar Harian
Leave a Reply