
Hospital Selayang mengambil tindakan penambahbaikan dengan memberi teguran kepada seorang pegawai keselamatan susulan tindakannya menghalang seorang wanita daripada memasuki Jabatan Kecemasan hospital berkenaan atas dakwaan memakai skirt.
Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, dia berharap kejadian seumpama itu diselesaikan melalui “komunikasi yang sesuai” dan tidak lagi berulang
DG Hisham is investigating the complaint of a woman denied entry to Selayang Hospital to see her father in Emergency because of her skirt length.
Glad MOH is taking this issue seriously.
Health care facilities should not practice moral policing.https://t.co/62JtzEbp3z https://t.co/khC4M0nY6T
— Boo Su-Lyn (@boosulyn) March 18, 2022
“Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan untuk menambah baik perkhidmatannya dengan menegur pegawai keselamatan, bahawa dia perlu mengamalkan prosedur komunikasi yang
sewajarnya ketika berurusan dengan pesakit dan waris, agar kejadian sebegini tidak berulang lagi,” ciapnya menerusi Twitter.
Kenyataan Dr Noor Hisham itu dibuat sebagai maklum balas kepada beberapa siri Tweet oleh wanita berkenaan yang menggunakan Twitterhandle @elizanathaniel, selepas dibawa ke perhatian KKM oleh sebuah NGO.
Pada 16 Mac, Eliza membuat ciapan di Twitter bahawa dia telah ke Jabatan Kecemasan Hospital Selayang untuk berjumpa bapanya, yang dikejarkan ke sana untuk kecemasan perubatan yang tidak dinyatakan.
Bagaimanapun, menurutnya, pihak keselamatan menghalangnya daripada berjumpa dengan bapanya kerana dianggap berpakaian tidak sesuai”.
I have been denied entry to see my dad in the Emergency Ward, not cause of Covid, noooo friends, not cause its not allowed (cause one person is allowed at a time) but BECAUSE I WAS DEEMED DRESSED INAPPROPRIATE. I wore a shift shapeless with sleeves AND JUST ABOVE THE KNEE…. pic.twitter.com/MIwRyWJvJ1
— Eliza Nathaniel (@elizanathaniel) March 16, 2022
“Ada yang datang dengan skirt lebih singkat. Tetapi saya dipanggil “Amoi kenapa pakai skirt, cepatlah amoi… Apa jadahnya? Ini kecemasan! KECEMASAN. Kamu fikir saya ada memikirkan apa perlu saya pakai semasa ayah saya berada dalam kecemasan?” katanya.
“Kenapa mahu halang seseorang semasa kecemasan. Bagaimana jika dia sedang nazak dan ini kali terakhir saya dapat berjumpa dengannya?. Kerana saya (memakai skirt) satu inci di atas paras lutut?” kata Eliza.
kredit: mkini
Leave a Reply