
Terdahulu, ‘Kak Long 7E’ tular apabila videonya dan anak sulung, Muhammad Adam Aqish Mikhail, 8, yang dianggap biadab dan keterlaluan di sebuah kedai serbaneka mendapat kecaman netizen awal bulan ini.
Selepas dijemput oleh TV Al Hijrah semalam, nama KakLong terus trending di media sosial. Tidak pasti siaran langsung ketika bila, netizen sempat merakam gelagat Kaklong seperti mempersendakan orang kurang upaya.
Dalam video yang dimuat naik semula oleh Hafiz Shukri, Kaklong dilihat berjalan seperti seorang OKU sambil bercakap dengan penonton yang melihat siaran langsung tersebut.
” Buat live gila gila baru famous kak “
Tak sampai 24 jam selepas ditemuramah TV Alhijrah , Kak Long Dungun hina oku pulak.
Haish sakit hati tengok .
Susulan tersebarnya rakaman video tersebut, Kaklong memuat naik status permohonan maaf di facebooknya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sangat marah dengan kelakuan yang dilakukan oleh Kaklong sehingga ada yang ingin tampil untuk menyaman Kaklong.
kaklong buat hal lagi?
Sumber video FB Hafiz Shukri pic.twitter.com/S3CuN2U5Uf
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) March 15, 2022
Saya makin tertekan dengan netizan, saya minta maaf banyak kepada gologan OKU. Saya buat hanya suka-suka, tak ada niat”
“Saya takde niat, saya hanya bergurau. Kepada golongan OKU saya minta maaf” – Kaklong pic.twitter.com/CqCoHEAY0x
— Video Viral Malaysia (@video_malaysia) March 16, 2022
Ambil teguran penonton, Al-Hijrah tangguh tayangan episod Kak Long 7E
Stesen TV Alhijrah bertindak menangguhkan tayangan episod melibatkan Kak Long 7E atau nama sebenarnya Wan Nor Baizura Bharudin, 33, dalam program Trending yang dijadualkan menemui penonton pada Rabu depan.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Al-Hijrah, ia susulan tular beberapa hantaran pengguna laman sosial yang menyatakan ketidakpuasan hati terhadap keputusan stesen TV tersebut yang memanggil individu berkenaan sebagai tetamu jemputan pada program yang bersiaran setiap Rabu, jam 8.30 malam itu.
“Keputusan penangguhan ini dibuat selepas mengambil kira kegelisahan yang tercetus dalam kalangan masyarakat. Program Trending adalah program perkongsian yang membincangkan isu-isu terkini yang tular di media sosial.
“Kehadiran ‘Kak Long 7E’ di studio juga disertai Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki sebagai panel yang mengambil peranan memberi tausiyah, teguran serta pengajaran kepada ‘Kak Long7E’ agar lebih peka dan bertanggungjawab sebelum berkongsi apa saja isu di mana-mana platform khususnva di media sosial,”kata kenyataan itu.
Menerusi kenyataan sama, TV Alhijrah mengucapkan terima kasih atas maklum balas serta teguran penonton.
“TV Alhijrah sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kandungan kami agar lebih memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Sumber: Facebook Hafiz, Kaklong, Belumbalik.com
Leave a Reply