
#Foto sekadar hiasan.. Assalamualaikum semua dan selamat sejahtera.
Tegerak hati untuk menulis bila saya terbaca confession, Pengalaman Menyakitkan P0stpartum D3pression yang disiarkan.
Saya pun hampir mengalami p0stpartum d3pression ketika berpantang dahulu. Sampai sekarang parutnya masih terasa.
Saya direzekikan bayi kembar dan pastinya semua ahli keluarga teruja dengan kehadiran bayi kembar saya.
Namun, menjadi ibu buat pertama kali dan menguruskan bayi kembar ketika berpantang bukanlah mudah dengan keadaan saya yang melahirkan bayi secara pembedahan czer.
Dipendekkan cerita, saya berpantang di rumah mertua saya. Keluarga mertua semua baik. Tapi mungkin MIL (mother-in-law) saya terlalu teruja dengan kelahiran cucu kembar dan kurang arif penjagaan berpantang untuk ibu yang czer.
Ada beberapa pantang yang MIL katakan, saya memang tak mampu ikut terutamanya bab tidak boleh tidur siang. MIL saya cakap tidur siang boleh menyebabkan saya meroyan nanti. Katanya kenalan dia pernah meroyan sebab tidur siang. Wallahualam.
Tapi saya memang tak mampu nak turutkan. Bayi kembar saya berjaga malam. Biasanya pukul 6 pagi atau 7 pagi baru dua dua tidur.
Lepas dua dua dah tidur baru saya boleh lelapkan mata. Tapi memang perkara ni menjadi isu untuk MIL saya sebab dia risau saya meroyan bila tidur siang.
Saya jadi lesu, pening dan tertekan. Dengan suami yang tak ada di sisi 5 hari sebab weekend baru suami balik.
Bila pergi klinik, BP saya naik. Nurse dekat klinik risau saya pengsan waktu tu. Macam macam nurse tanya saya punca BP naik. Saya cakap, ke sebab saya dah 3 hari tak tidur siang malam?
Nurse terkejut sangat dan terpaksa cakap dekat MIL supaya bagi saya rehat.
Tapi MIL saya cakap dia sanggup jaga cucu kembar waktu malam, suruh saya tidur saja waktu malam supaya time siang saya tak tidur. Tak mungkin saya sampai hati biar MIL saya jaga baby kembar saya tengah tengah malam sorang sorang.
Lepas settle check BP saya, salah sorang bayi saya pula terpaksa dimasukkan wad sebab demam kuning yang tinggi.
Tiba tiba MIL cakap dekat saya jangan beritahu suami saya which is anak lelaki dia tentang anak kami perlu masuk wad. MIL saya cakap takut nanti suami saya tak boleh fokus bekerja bila tahu anak sakit.
Allah, remuknya hati saya waktu tu. Dengan badan, emosi dan mental yang sangat memenatkan, anak kena masuk wad, MIL tak bagi saya berkongsi berita sedih ni dengan suami saya. Tapi saya mesej juga suami saya.
Dalam masa yang sama saya cakap dekat MIL yang suami saya berhak tahu anak dia masuk wad sebab ini anak kami berdua. Saya tak nak tanggung kesedihan ni sorang sorang. Saya terpaksa berkeras walaupun saya tahu MIL kecil hati dengan saya.
Kemuncak jadi dingin bila saya dah terlalu penat dan MIL saya tak hiraukan permintaan saya tentang stok susu badan yang saya simpan.
Bayi kembar saya waktu tu dah kekenyangan cuma merengek sikit nak tidur. Saya tahu dan saya yakin bayi kembar saya memang nak tidur. Berkali kali saya cakap bayi kembar saya nak tidur.
MIL saya tak boleh dengar cucu kembar dia menangis, nanti dia akan suruh bagi susu. Waktu tu saya dah hampir hilang kawalan. Saya dah ulang banyak kali baby saya nak tidur, bukan nak susu.
Tiba tiba dia keluarkan susu badan yang saya dah pam dan panaskan untuk bagi bayi saya minum.
Lagi sedih bila tengok bayi kembar saya dah tertidur dua dua tanpa sempat minum susu yang MIL saya panaskan.
Saya tanya siapa yang nak minum susu ni sebab lepas 3 jam dah rosak. Saya simpan susu ni untuk stok bayi kembar saya minum di klinik esok untuk check up kuning. MIL keep cakap susu ibu yang terbaik, biarlah baby minum banyak susu ibunya.
Allah, saya tahu susu saya paling terbaik untuk anak anak. Tapi bukan sepanjang masa anak anak saya perlu minum susu setiap kali menangis.
Bayi menangis bukan sebab kelaparan semata mata. Ada banyak sebab bayi menangis. Saya cakap dekat adik ipar saya, lepas 3 jam kalau tak ada siapa yang terbangun nak susu, buang jelah susu ni.
Dan saya terpaksa berjaga malam lagi untuk pam susu buat stok baru.
Maaf mak, saya tahu mak kecil hati. Tapi saya memang tak boleh kawal perasaan bila saya dah terlalu penat dan susu badan saya dibazirkan begitu sahaja.
Mengepam susu bukan mudah, tambahan lagi perlu buat simpanan susu untuk dua bayi. Bila saya boleh rehat?
Lepas insiden malam tu, MIL saya mula berjauh hati dengan saya. MIL cuma uruskan cucu kembar sahaja, kemudian naik ke bahagian atas rumah. Turun bila ada hal sahaja.
Dua hari juga saya dipulaukan. Suami balik time weekend saya luahkan juga. Saya menangis teresak esak depan suami.
Kenapa mak buat saya macam ni. Saya tahu saya salah sebab tak dengar cakap dia, tak bermanis muka, tak jaga tutur kata (ini yang diluahkan MIL saya pada anak perempuannya). Saya cakap dekat suami saya nak balik rumah sendiri.
Saya tak kisah berjaga malam jaga bayi kembar asalkan suami saya ada di sisi. Saya mintak maaf pada suami saya sebab mak dia kecil hati dengan saya. Tapi saya memang nak balik. Saya tak nak susahkan sesiapa lagi.
Tambahan pulak, saya berpantang di ruang tamu. Pernah saya minta dengan MIL nak duduk di bilik, tapi permintaan saya ditolak sebab MIL saya cakap takut peranakan saya jatuh bila naik tangga.
Rumah mertua saya tiada bilik di bahagian bawah. Saya tiada pilihan, saya terpaksa juga berpantang di ruang tamu.
Bayangkan hidup saya menjadi tontonan family mertua 24 jam. Walaupun hanya ada mak ayah mertua dan adik ipar perempuan, saya rasa tak selesa bila semua orang boleh nampak setiap tindak tanduk saya.
Setelah pujuk suami untuk balik rumah sendiri, suami saya setuju sebab nampak saya tertekan sangat. Kebetulan saya dapat bonus, saya upah CL untuk 2 minggu. Saya memang dah tak boleh tahan bukan sebab saya tak bersyukur ada orang jaga saya ketika berpantang.
Tapi tiada siapa yang faham kesukaran saya jaga dua bayi sendirian, kepenatan saya, ketidakselesaan saya berpantang di tempat terbuka.
Saya baca semua conversation mesej adik ipar saya dengan suami saya sebab saya pelik suami saya asyik mesej saya suruh buat itu ini sedangkan dia tak ada di rumah mak dia.
Rupanya segala apa yang MIL rasa, diluahkan pada adik ipar saya kemudian disampaikan kepada suami saya.
Waktu itu juga saya dapat tahu adik ipar saya pertikaikan saya punca bayi saya masuk wad, saya ni tak bermanis muka dengan mak, saya tak pandai jaga tutur kata, bila saya diam tak bercakap pun dipertikaikan. Tak apa lah, orang dah tak suka.
Lebih baik saya berundur diri. Saya memang tak boleh jadi menantu yang sempurna untuk mak.
Kalau mak nak menantu yang dah siap mandi lepas subuh tanpa rehat siang dan malam jaga bayi kembar waktu berpantang, berjalan bersenam walaupun saya czer, bagi susu badan 24 jam, tersenyum sentiasa walaupun tertekan, bercakap dengan lemah gemalai, saya bukanlah orangnya mak.
Maaf kalau mak nampak saya ni garang, keras kepala. Saya buat keputusan untuk balik berpantang di rumah sendiri bukanlah sebab nak pisahkan cucu kembar kesayangan mak ni dengan neneknya.
Saya cuma perlukan masa, ruang, privasi dan rehat untuk emosi dan mental saya. Bukan tidur siang saja boleh buat meroyan mak, banyak lagi punca lain boleh buat orang meroyan.
Buat suami, terima kasih sebab sentiasa memahami saya. Saya tak salahkan suami saya dalam hal ni sebab dia pun tersepit antara ibu dan isteri.
Soal CL, memang kami tak mampu pada mulanya. Saya upah CL setelah dapat bonus company.
Bukan saya tak nak berpantang sendiri dari awal, tapi keadaan tak mengizinkan. Suami bekerja, saya tak boleh jaga bayi kembar sorang sorang waktu suami bekerja. Sebab tu awal awal berpantang duduk di rumah mertua.
Bila keadaan dah makin parah, saya terpaksa ambil keputusan begini. Sekali lagi, maafkan saya mak. Bukan niat untuk biadab, tapi saya tak nak meroyan. Saya perlu kuat untuk jaga bayi kembar saya dan saya perlukan suami saya.
Untuk adik ipar saya, akak harap awak dapat kembar tiga dan berpantang di ruang tamu rumah mertua awak nanti.
Sekarang awak tak kawin lagi, awak boleh nilai akak macam macam. Akak harap sangat awak dapat anak kembar juga dan berpantang di rumah mertua awak. Sebab akak nak awak faham perasaan akak.
Kalau akak jelaskan situasi akak, awak tetap tak faham kenapa akak stress. Moga moga awak lalui juga apa yang akak lalui dan kenanglah kembali segala kritikan, nilaian, sangkaan yang pernah awak buat pada akak.
Untuk yang pernah lalui situasi seperti saya, mohon terus kuat untuk diri sendiri dan anak anak. Cari penyelesaian selagi boleh. Sayangi diri sendiri dulu, baru sayangkan orang lain.
Ini bukan hasutan, cuma peringatan untuk kita semua. Sayang diri, sayang diri, sayang diri.
Reaksi Warganet
Shikin Ilyas –
Berpantang memang perlukan bilik sendiri. Dengan nak menyusu, nak mengepam, nak check luka. Sangat tak selesa nak buat dekat tempat terbuka.
Lagi satu masa baby tidur tu la patutnya masa ibu tidur. Kalau dah baby berjaga malam, siang la kena tidur. Tak tidur tu yang boleh buat meroyan tu
Mujahidah AnsarullaH –
Saya berpantang rumah sendiri. Best. Aman. Lega. Tenang. Ikut pace sendiri, buat one by one. Happy mum, happy baby.
Untuk anak anak menantu nanti, pantang masing masing jaga diri sendiri, dengan pasangan masing masing di rumah sendiri. Cari confinement lady atau makcik mengurut etc. Senang. Mak dah tua, tak larat.
Siti Isha –
Aduh.. Kenapa semua yang dapat PPD ni berpantang di rumah mertua??
Kalau ada rumah sendiri hatta rumah sewa sekali pun, duduk lah rumah sendiri. Kita nak tidur siang ke malam ke tak ada siapa nak bising..
Kita mengandung 9 bulan 10 hari sudah cukup untuk kita buat persediaan.. Ok saya ajar serba sikit..
Bab makan pantang kan kita beli barangan basah ikan/daging/ayam/ sayur siap siap. Then listkan menu berpantang. Tak susah pun.
Elakan bertumis dengan minyak atau rempah je. Bakar, stim, grill boleh.. Sayur pun rebus rebus je..
Ikan, ayam, daging kita perap kan siap siap sebelum bersalin then kita frozen kan. Bila dah bersalin malam sebelum tidur kita defrost. Pagi nya kita dah boleh grill/bakar..
Then Buat jadual jam berapa patut mandikan anak, susu kan anak.. Jam berapa pun anak tidur..
Baju kotor kita asingkan dengan bakul.. Time anak tidur kita take nap sekejap then basuh je lah baju kita.. Kalau ada suami disisi, bila dah basuh minta dia jemurkan saja..
Biasanya orang bersalin ni seminggu je tak berdaya… Lepas tu dah bertenaga semula..
Tolonglah jangan berpantang rumah mertua kerana kita tak membesar dengan mereka.. Kalau mereka salah then kita tegur mereka juga kecil hati bergitu juga sebaliknya.. Kerana environment, budaya kita berbeza..
Berpantang sendiri pun boleh tak payah nak ada mak mertua bagai. Kalau mak sendiri pun dah uzur lebih baik kita jaga diri kita sendiri..
Ada duit upah CL.. Order makanan, atau minta jiran masakan. Ada duit lagi beli set sauna sendiri.. Ada duit lagi beli indoor bicycle, ada duit lagi beli treadmil.. Tak ada lah kita sunyi, kemurungan bagai.
Macam macam aktiviti kita boleh buat ketika berpantang. Hidup lebih bermakna jika kita bijak manfaatkan masa..
Liza Mohd Mokhtar –
Terbaik confessor. saya sokong anda selamatkan diri anda segera. Syukur ada wang bonus, penyelamat anda lalu upah CL untuk anda selesa berpantang sendiri di rumah.
Apa apa pun rumahku syurgaku. Keselesaan kita, kebahagiaan kita. Untuk next anak, rancanglah famili dan kewangan dengan baik agar kelak bersedia. Ada simpanan serta mampu untuk upah orang jaga dalam pantang…
Sungguh, saya sangat setuju. Sayangi diri kita dahulu. Kita perlu kuat, sihat rohani jasmani untuk jaga anak anak, suami dan famili.
Alhamdulillah, tindakan segera diambil dan menyelamat kan diri dari segenap segi InsyaAllah, puan terus kuat.
Saya doakan puan dipermudahkan segala urusan. Stay strong puan…
Sumber – Temah (Bukan nama sebenar) via IIUMC \ Kredit: edisimedia
Leave a Reply