
Pelawak Tauke mengakui penahanannya selama tiga hari, dua malam sekitar Ogos tahun lalu adalah detik gelap terburuk dalam hidupnya.
Menurut Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, dia melihat kejadian itu sebagai ujian Allah SWT.
“Jika ada satu perkara yang paling membuatkan saya terduduk, ia adalah ketika saya ditahan.
“Dekat dalam balai saya tinggal selama tiga hari dua malam.
“Tapi Allah nak uji saya, Alhamdulillah ada dalam balai, bayangkan saya seorang diri dalam balai, dalam bilik lokap,” katanya.
Tauke juga mengaku agak “down” kerana tidak pernah mengalami pengalaman sebegitu.
“Masa tu terfikir, yelah kita solat, tapi masa tu saya down lagi sebab tak pernah kan.
“Ketika itu kita punya kerohanian diperah,” katanya
Touk berkata demikian semasa pelancaran rancangan bual bicara “Jari Neraka”.
“Allah Nak Uji, Masa Tu Saya Tengah Down.” – Tauke Buka Cerita Pengalaman 3 Hari Ditahan Di Lokap, Rupa-Rupanya…
Program Jari Neraka yang diterbitkan oleh Rentak Sehati itu bakal menyaksikan pelawak tersebut bergandingan Zarina Anjoulie selaku pengacara.
Disiarkan menerusi YouTube, Jari Neraka juga bakal menampilkan ramai selebriti jemputan termasuk Iqram Dinzly, Zed Zaidi, PU Amin, Yusof Azmi dan ramai lagi.
Sebelum ini, laporan media menyebut seorang pelawak lelaki telah ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seksual dekat Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Bagaimanapun, selepas berita itu tersebar, Tauke mendakwa pelawak yang ditahan itu bukan dirinya.
“Kerjasama saya dengan PDRM telah disalah erti, dengan banyak pihak memilih untuk menghukum dahulu dan kemudian menilai,” katanya.
Sumber : GEMPAK dan YT utvmediamalaysia
Leave a Reply