
PETALING JAYA: Nama Princess Aura Nurr Ermily Amara Auliya Bidadari Nawal El Zendra binti Mohd Suffian masih kekal sebagai nama terpanjang di Malaysia setakat ini.
Perkara itu disahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), menurut Utusan Malaysia.
Pengesahan itu menyusul selepas kecoh di media sosial mengenai hantaran Mohd Sholihin yang berkongsi nama anak perempuannya yang unik dan panjang.
Nama yang dikongsi itu adalah Nur Shafia Aaliya Zulaika Amira Naura Aurora Yeeha Cinta binti Mohd Sholihin.
Nama itu sempat ditularkan sejak semalam sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.
Bagaimanapun, Mohd Sholihin tampil menafikan mendaftarkan nama itu untuk anak perempuannya.
Menurutnya, paparan nama dikongsi itu dibuat secara suka-suka dan nama sebenar didaftarkan adalah Nur Shafia Aaliya binti Mohd Sholihin.
“Nur Shafia Aaliya binti Mohd Sholihin…nama sebenar, yang panjang-panjang tu edit suka-suka je….jangan marah ya,” kata Mohd Sholihin.
Hantaran Mohd Sholihin berkongsi nama anak perempuannya yang unik dan panjang, namun menafikan mendaftarkan nama itu. Beliau memaklumkan paparan nama dikongsi itu dibuat secara suka-suka dan nama sebenar didaftarkan adalah Nur Shafia Aaliya binti Mohd Sholihin.
Mengikut rekod JPN, antara nama terpanjang lain ialah Nur Fathaniah Tariyah Karimah Farwizah Zahabiyah Syahirah binti Airol Anizam yang didaftarkan pada 2014.
Sebagai makluman, JPN menetapkan nama bayi yang ingin didaftarkan tidak boleh melebihi 80 aksara (huruf).
Nama paling pendek di Malaysia pula kekal milik seorang pelukis pelan, iaitu S binti Rusli yang berasal dari Johor Bahru, Johor.
Disunatkan memberi nama kepada bayi pada hari ketujuh kelahirannya sebagaimana yang terdapat dalam sabda Nabi s.a.w.;[1]
كُلُّ غُلاَمٍ رَهِينٌ بِعَقِيقَةٍ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُحْلَقُ وَيُسَمَّى
“Setiap anak kecil (bayi) dipertaruhkan dengan suatu aqiqah; disembelih untuknya pada hari ke tujuh, dicukur kepalanya dan diberi nama”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Hasan r.a. dari Samurah bin Jundub r.a.)[2]
Namun terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan bahawa Nabi s.a.w. pernah memberi nama kepada bayi pada hari dilahirkan. Antaranya ialah hadis dari Abu Musa al-Asy’ari r.a. yang menceritakan;
وُلِدَ لِي غُلاَمٌ، فَأَتَيْتُ بِهِ النَّبِيَّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- فَسَمَّاهُ: إِبْرَاهِيمَ، وَحَنَّكَهُ بِتَمْرَةٍ وَدَعَا لَهُ بِالْبَرَكَةِ
“Telah dilahirkan untukku seorang anak, lalu aku membawanya kepada Nabbi s.a.w., maka baginda menamakannya Ibrahim dan baginda mentahniknya dengan sebiji buah tamar serta baginda mendoakan keberkatan untuknya”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)
Jadi, yang menjadi sunnah dalam menamakan bayi ini ialah menamakannya pada hari ketujuh atau pada hari ia dilahirkan. Ini ditegaskan oleh Imam Nawawi dalam al-Azkar; “Yang menjadi sunnah ialah menamakan bayi pada hari ketujuh dari hari kelahirannya atau menamakannya pada hari kelahirannya”.[3] Walau bagaimanapun, Imam Bukhari telah bertindak menghimpunkan antara dua sunnah ini dengan menjelas; “Hadis-hadis yang menyebutkan hari kelahiran dimengertikan bagi orang yang tidak berniat melakukan aqiqah[4], dan adapun hadis-hadis yang menyebutkan hari ketujuh maka dimengertikan bagi orang yang ingin melakukan aqiqah bagi anaknya[5]”.[6]
Leave a Reply