Lama menyendiri akhirnya Nora Ariffin bakal menikah tahun ini, bagi ‘hint’ siapa calon

SEREMBAN: Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin yang hidup bersendirian selepas kehilangan suami tercinta lima tahun lalu mengakui akan mendirikan rumah tangga bersama insan istimewa tahun ini.

Nora atau nama sebenarnya Wan Noraafiza Datuk Ariffin, 48, berkata, lelaki yang mahu memperisterikannya itu telah dikenalinya dalam tempoh pandemik C0vid 19 lalu.

Tambahnya, lelaki yang telah mencuri hatinya itu bukanlah seorang ahli politik, sebaliknya jelas Nora, berkemungkinan merupakan seorang pendidik.

Bagaimanapun, Nora tidak mendedahkan tarikh hari bahagianya itu dan memberitahu bersedia berkongsi dengan peminat apabila tiba waktunya nanti.

“Insya-Allah dalam masa terdekat akan berkahwin dalam tahun ini, benda baik buat apa nak sorok. Doakan yang baik-baik, benda baik tak perlu dilambatkan dan perlu dipercepatkan.

“Bila masa sesuai saya akan beritahu. Tunggulah nanti, Alhamdulillah, anak-anak okay, mereka berlapang dada menerima dengan hati terbuka,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman MoU kerjasama dengan Yayasan Sofa Negeri Sembilan di sini hari ini.

Nora yang merupakan b.alu kepada komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu memberitahu, selepas melalui pelbagai fasa ujian dalam kehidupannya, mereka sekeluarga kini mahu mengecapi bahagia dan mahukan kehidupan berkeluarga yang lengkap.

“Kita pun bukan budak-budak muda, banyak benda perlu dipertimbangkan dan lebih memikirkan masa depan,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Nora yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema telah menafikan dakwaan kononnya beliau dan Ahli P.arlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa telah bernikah di selatan Thailand.

Sementara itu, Nora yang kini kembali aktif menyanyi turut memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan lagu baharu tahun depan.

“Konsep lagu masih dalam perbincangan. Kita tak mahu terburu-buru, lagi pun kita baru nak recover balik. Tapi ia lebih kepada tema kebaikan. Lagu berunsur d.akwah itu tidak semestinya lagu ketuhanan. Saya dah penat nak sedih-sedih,” katanya lagi.

Terdahulu..

Nora mengaku terima lamaran pernikahan tapi bukan daripada Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin mengakui, beliau ada menerima lamaran pernikahan, namun bukanlah daripada Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa seperti yang didakwa sebelum ini.

Nora, 48, yang juga balu komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi itu, sebaliknya, menegaskan, lelaki yang mahu memperisterikan beliau itu merupakan personaliti yang bukan dalam kalangan orang terkenal.


“Saya fikir sudah sampai masanya untuk saya mengumumkan bahawa saya ada menerima lamaran daripada seseorang.

“Insya-Allah jika segala perancangan berjalan lancar, saya akan berkongsi mengenai hari bahagia saya dengan anda semua tidak lama lagi,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi sebentar tadi.

Penyanyi yang popular dengan lagu Di Persimpangan Dilema itu berkata demikian sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau dan Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu sudah bernikah di selatan Thailand.

Bahkan, di media sosial tersebar sekeping salinan sijil pernikahan yang didakwa milik Nora dan Annuar.

“Demi Allah, saya dan Tan Sri (Annuar) tidak bernikah… saya sendiri tidak faham bagaimana ada pihak yang boleh buat tuduhan sedemikian.

“Sudah banyak kali saya nafi, Tan Sri juga sudah menafikannya, namun, masih ada yang nampaknya tidak percaya.

“Disebabkan itu, saya fikir sudah sampai masanya saya umumkan bahawa saya ada menerima lamaran pernikahan dan sedang merancang ke arah majlis itu,” akui beliau lagi.

Menurut Nora, kesediaannya untuk bernikah dibuat selepas berfikir sedalam-dalamnya selain direstui oleh anak-anak.

“Anak-anak ada berkata, mereka akan memberi sokongan pada apa sahaja keputusan yang baik buat saya. Mereka hanya mahu melihat ibu mereka gembira,” jelas Nora.

Dalam masa sama, Nora juga memaklumkan, keluarga di sebelahnya dan Allahyarham Johan turut sependapat sekiranya ada lelaki yang serius untuk memperisterikannya, elok sahaja dipertimbangkannya.

“Ibu Abang Johan juga ada berpesan pada saya sebelum beliau meninggal dunia sekiranya ada lelaki yang mahu mahu melamarnya, terima saja.

“Alhamduliillah, berkat restu dan sokongan anak-anak serta keluarga, saya sudah bersedia menerima lamaran itu,” kata Nora.
Nora mengahwini Johan pada 1992 dan hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang anak iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

Johan, bagaimanapun meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung, sementara anak kedua pasangan itu, Muhammad Syakir Aliff pula menghembuskan nafas terakhir pada usia 20 tahun pada 13 Disember 2019.

Sumber: kosmo | astro awani

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*