Ramai mula buat semakan untuk duit bantuan tapi tak lulus, ini sebab kenapa ada yang dapat dan tidak

Umum maklum, menerusi Pakej Perlindungan Rakyat Dan Pemulihan Ekonomi PEMULIH, Bantuan Kehilangan Pekerjaan BKP bernilai RM 500 akan diberikan kepada mereka yang kehilangan pekerjaan.

Syarat kelayakan dan permohonan bagi Bantuan Kehilangan Pekerjaan BKP ini adalah berdasarkan data daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja KWSP atau PERKESO pada 2021.

Manakala, permohonan BKP adalah sama seperti BKC, dimana semakan silang akan dilakukan dan mereka yang kehilangan pekerjaan tidak perlu memohon.

Terima Manfaat

Seramai 870,000 individu yang hilang pendapatan pada tahun ini bakal menerima manfaat Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM 500.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bayaran itu diberikan secara  one-off mulai hari ini melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM 434 j.uta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Menurut beliau, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan  Pekerja KWSP atau Pertubuhan Kes.elamatan Sosial Perkeso dalam tahun ini.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan  Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas  a.kibat p.andemik C0vid 19 sentiasa terbela,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah seperti berikut

Pengkreditan ke akaun bank. Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR atau BKC atau GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

VIDEO

Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional BSN . Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR atau BKC atau GKP atau tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Kriteria Kelayakan

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman seperti berikut. Mempunyai caruman KWSP atau PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020.

Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021. Caruman April, Mei, Jun 2021.

Sumber: BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*